Blog ini diwujudkan bagi mengupas isu-isu kontemporari berkaitan dunia pendidikan yang lebih menjurus kepada bidang Matematik pada masa kini. Isu-isu kontemporari akan bermula dengan penerokaan dan
penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di
Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada
perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan
isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual,
isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah matematik, konsep
bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan.
Selain itu, di harap agar blog ini mampu memberi pendedahan kepada pembaca berkaitan dunia pendidikan Matematik pada masa kini untuk generasi era globalisasi masa akan datang. Aktiviti -aktiviti dunia pendidikan yang dikongsi diharap dapat membuka minda pembaca dan memperluaskan pengetahuan sedia ada.