Membentuk Kumpulan Koperatif



   
5.1       Menentukan Pelajar Dalam Kumpulan
Kumpulan heterogenus dari segi keupayaan atau ciri-ciri peribadi seperti latar belakang etnik, bangsa dan jantina boleh dibentuk. Guru perlu membentuk kumpulan kerana guru lebih tahu tentang pelajarnya. Kumpulan heterogenus dibentuk bagi mewujudkan peluang untuk mendapatkan sokongan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan serta dapat mempertingkatkan hubungan dan integrasi antara kaum dan jantina. Kumpulan heterogenus juga memudahkan pengurusan kelas kerana terdapat pelajar dalam kumpulan yang boleh membantu.

5.2       Jangka Masa Berada Dalam Kumpulan
Ahli-ahli perlu berada dalam kumpulan lebih lama supaya ikatan persahabatan dapat dibentuk dan menukarnya jika perlu sahaja. Jika sesuatu kumpulan itu menghadapi masalah, maka guru perlu membuat keputusan. Sebaiknya, pelajar harus bekerjasama sepanjang semester.

5.3       Saiz Kumpulan
Kumpulan kecil harus dibentuk bagi menggalakkan percambahan idea dan kemahiran kerana kumpulan yang terlalu besar akan menghadapi masalah dari segi pengurusan. Ahli terdiri daripada tiga hingga lima orang sahaja. Perkara yang harus diambil kira semasa memilih saiz kumpulan adalah pengalaman pelajar bekerja dalam kumpulan, umur pelajar, objektif pelajar, bahan-bahan dan peralatan yang ada dan juga jangka masa sesuatu pengajaran

No comments:

Post a Comment