Perbincangan
berkaitan faktor yang menyebabkan berlakunya jurang pencapaian Matematik di
Malaysia
1. Faktor yang menyebabkan berlakunya jurang
pencapaian Matematik.
a) Pencapaian matematik setiap murid
adalah berbeza bergantung kepada beberapa faktor. Empat faktor yang menyebabkan
berlakunya jurang pencapaian matematik yang dilihat dari aspek lokaliti,
gender, sosial dan budaya. Keempat-empat faktor ini dilihat menjadi penyumbang
utama kepada perbezaan pencapaian murid.
b) Faktor lokaliti yang dilihat dari
aspek Bandar dan luar Bandar menampakkan jurang perbezaan yang ketara di antara
dua lokasi tersebut. Kemudahan yang disediakan di Bandar lebih lengkap
berbanding di luar Bandar. Capaian internet untuk mengakses maklumat berkaitan
PdP, kemudahan bekalan air dan elektrik serta kelengkapan persekolahan
menampakkan jurang utama Bandar dan luar Bandar. Murid dan guru di Bandar dapat
menikmati kemudahan tersebut selengkapnya sebaliknya di luar Bandar pula murid
dan guru menghadapi kekangan dalam menikmati kemudahan tersebut. Oleh yang
demikian, hal ini menyumbang kepada pencapaian matematik di kawasan Bandar
lebih baik berbanding luar Bandar.
c) Faktor
kedua adalah dari aspek gender. Gender merupakan jantina yang dikategorikan
sebagai perempuan dan lelaki. Kajian menunjukkan bahawa murid perempuan lebih
Berjaya berbanding murid lelaki. Hal ini kerana, murid perempuan lebih
cenderung untuk belajar bersungguh-sungguh dan bermotivasi lebih tinggi untuk
berjaya berbanding murid lelaki. Gaya pembelajaran antara murid lelaki dan
murid perempuan juga berbeza. Murid lelaki lebih cenderung kepada pembelajaran
tidak berstruktur iaitu lebih kepada visual, tektual dan kinestatik berbanding
murid perempuan. Murid lelaki juga tidak dapat belajar dalam jangka masa yang
lama untuk mendengar pengajaran guru kerana mereka lebih cenderung kepada
pergerakan berbanding murid perempuan.
d) Faktor
ketiga adalah dari aspek sosial. Aspek sosial boleh dilihat dari segi sosioekonomi,
persekitaran, konsep kendiri dan komunikasi. Sosioekonomi adalah berkaitan
dengan taraf pendidikan ibu bapa, pendapatan ibu bapa dan kemudahan yang
disediakan. Kajian mendapati bahawa ibu bapa yang berpendidikan tinggi mampu
untuk tergolong dalam pekerjaan kelas professional dan berpendapatan lebih
tinggi. Ibu bapa dalam golongan ini mampu menyediakan kemudahan kelengkapan
pembelajaran yang lebih efektif kepada anak-anak mereka berbanding ibu bapa
yang berpendapan rendah. Persekitaran juga memainkan peranan penting dalam
menentukan kejayaan seseorang murid. Persekitaran yang sihat mampu melahirkan
murid yang berfikiran positif. Pergaulan dengan rakan sebaya yang positif boleh
mendorong murid untuk berjaya. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan
suasana persekitaran yang sihat di rumah. Ibu bapa yang meluangkan lebih banyak
masa dengan anak-anak mereka dan mengambil berat setiap perkara yang berlaku
kepada anak-anak mereka dapat mendorong anak-anak untuk lebih bersikap positif
dan berusaha menjadi seorang yang berjaya berbanding ibu bapa yang leka dengan
hal masing-masing. Guru juga perlu
memainkan peranan penting semasa proses PdP berlangsung. Suasana pembelajaran
yang positif dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Konsep kendiri
merupakan persepsi seseorang terhadap dirinya. Jika murid memiliki konsep
kendiri yang positif maka keinginan dan motivasi untuk melakukan sesuatu
tugasan yang diberi adalah tinggi. Kejayaan akan datang dengan usaha yang
bersungguh-sungguh. Komunikasi merujuk
kepada interaksi antara dua pihak. Menurut kajian, guru merupakan sumber utama
dalam penyampaian ilmu pengetahuan iaitu sebanyak 55%-81%. Penyampaian isi
pembelajaran dan kejelasan penyampaian memainkan peranan utama dalam
meningkatkan kefahaman dan minat untuk belajar dalam kalangan murid.
e)
Faktor
keempat adalah berkaitan dengan budaya. Guru memainkan penranan utama dalam
mewujudkan budaya pembelajaran yang sihat. Guru perlu mempelbagaikan kaedah
pengajaran bagi meningkatkan kefahaman murid. Selain itu, pihak pentadbiran
sekolah juga memainkan peranan penting bagi menggerakkan aktiviti yang menjurus
kepada penerapan budaya yang positif di sekolah.
2. Cadangan
penyelesaian dalam mengurangkan jurang pencapaian.
a) Pihak
sekolah perlu memperbanyakkan program motivasi bagi meningkatkan kesedaran
murid dalam memperoleh ilmu pengetahuan.
b) Kelengakapan
PdP yang membantu murid untuk belajar perlu disediakan oleh pihak sekolah
dengan menggunakan peruntukan yang disediakan secara maksimum.
c) Guru-guru
perlu mencuba kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap pembelajaran murid
bagi meningkatkan kefahaman mereka.
d) Guru-guru
perlu sentiasa menggalakkan pembelajaran secara berkumpulan di antara rakan
sebaya dengan membimbing mereka teknik dan kaedah pembelajaran yang lebih
berkesan.
e) Kehadiran
SIPartners+ dan SISC+ ke sekolah yang berada di band 5 dan 6 dilihat dapat
membantu guru-guru dalam mempertingkatkan lagi kaedah dan strategi PdP kepada
yang lebih berkesan. Perbincangan dan perkongsian idea dapat diperluaskan di peringkat
dalaman sekolah melalui latihan dalaman yang dijalankan oleh guru yang
dibimbing oleh pegawai SIPartners+ dan SISC+.
No comments:
Post a Comment