Sunday, 13 December 2015

LAPORAN LADAP PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK KEPADA GURU SAINS DAN MATEMATIK SMKTG 2015



Nama Program        : Taklimat Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
Tarikh                      : 27 Oktober 2015 (Panitia Matematik), 28 Oktober 2015 (Panitia Sains)
Hari / Masa              : Selasa dan Rabu / 11.30pm – 12.30pm (Sesi petang), 12.30 – 1.30 (Sesi pagi)
Tempat                     : Panitia Matematik (Bilik Multimedia), Panitia Sains (Makmal Sains 1)
Objektif          : Memberi dan menyebarkan maklumat berkaitan pelaksanaan pembelajaran
                          berasaskan projek (PBL) kepada semua guru matematik dan sains.
Sasaran                : Guru Matematik dan Sains sesi pagi dan petang.
Butiran Aktiviti   : a) Mengalu-alukan kehadiran guru matematik dan guru sains yang hadir.
                               b) Taklimat berkaitan pelaksanaan PBL menerusi slaid ‘power point’ 
                                    yang disediakan. 
c) Guru didedahkan dengan teknik dan prosedur dalam melaksanakan
     PBL menerusi 4 fasa yang terkandung iaitu fasa persediaan,  imaginasi, tindakan dan perkembangan.
d) Proses bagi setiap fasa diterangkan secara terperinci bagi
     membolehkan guru-guru mendapatkan gambaran untuk
     mengaplikasikan PBL di dalam bilik darjah.
e) Ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Semoga semua guru dapat menggunakan kaedah yang dipelajari semasa pdp berlangsung bagi menarik minat murid untuk belajar.
Penilaian Program           :-
1 Kekuatan Program         : Guru yang hadir dapat memahami pelaksanaan kaedah
                                             pembelajaran berasaskan projek (PBL) yang dijalankan dan              
                                             menimbulkan minat serta keseronokan untuk mengaplikasikan
                                             PBL dalam pdp akan datang.
2 Kelemahan Program   : Kekangan masa untuk melaksanakan bengkel dan bilangan 
                                         guru matematik sesi petang yang hadir hanya 3 orang.
3 Cadangan Penambahbaikan    : Latihan dan bengkel secara berterusan melibatkan 
                                                      semua guru akan menambahkan lagi kefahaman dan 
                                                     kaedah pelaksanaan secara menyeluruh.




TAKLIMAT OLEH PN NORLIDA MAT ADAM

GURU SAINS SESI PETANG

GURU SAINS SESI PAGI

GURU MATEMATIK SESI PETANG DAN PAGI

GURU SAINS SESI PETANG


No comments:

Post a Comment