Sunday, 13 December 2015

LAPORAN TAKLIMAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 2015 KEPADA MURID


LAPORAN TAKLIMAT
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 2015
KEPADA MURID

              Tarikh                   : 12 Mac 2015 (Khamis)
              Tempat                  : Tapak Perhimpunan, SMKTG
              Masa                      : 12:45 pm – 1:30 pm (sesi petang- ting 1 dan 2)
              Sasaran                 : Semua Murid Tingkatan 1, 2 SMKTG
              Kehadiran            :
BIL
TINGKATAN
KEHADIRAN
CATATAN
1
1
389
Tidak Hadir = 28
2
2
358
3
PPKI
10

JUMLAH
757


                Isi kandungan    :
                      1)      Komponen PBS
                      2)      Pelaksanaan PS, PAJSK, PPsi, PT3
                      3)      Pelaporan


Ulasan :
Respons yang diterima daripada murid-murid yang menghadiri taklimat PBS 2015 adalah amat menggalakkan dan mereka berasa taklimat ini amat berguna serta membantu dalam melaksanakan PBS di dalam bilik darjah terutama bagi murid tingkatan satu dan dua ini. Taklimat ini juga banyak memberi input berguna berkaitan pelaksanaan PBS yang berkaitan dengan pengurusan evidens, fail dan kaedah pelaksanaan PBS di dalam bilik darjah. Selain itu juga, murid-murid dimaklumkan berkaitan dengan pelaporan PS yang diterima pada bulan November. Pendedahan berkaitan dengan format Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) juga sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal berkaitan bentuk soalan dan kaedah pelaksanaan PT3 pada tahun 2015 ini dan sebagai persediaan kepada murid-murid yang bakal penduduki PT3 kelak. Murid juga diberi penekanan berkaitan komponen PBS yang diduduki oleh mereka mengikut tingkatan sebagai pengetahuan asas kepada pelaksanaan PBS di sekolah. Mereka juga diberi pendedahan cara untuk mencapai band terbaik bagi setiap subjek. Selain itu juga, pendedahan berkaitan ujian psikometrik bagi murid tingkatan 1 juga dapat memberi gambaran dan imbas kembali komponen ppsi yang telah dududuki oleh mereka pada awal tahun yang lalu. Proses kemasukan data juga dikongsikan kepada murid bagi menunjukkan bahawa ujian tersebut amat penting buat mereka.

CadanganPenambahbaikan                                                                                                                         
   1.    Taklimat dengan penggunaan LCD dan komputer dalam sebuah bilik khas membolehkan murid fokus dengan isi penyampaian yang dilakukan.
     2.          Taklimat secara berterusan perlu dilakukan oleh sebab berlaku perubahan dari semasa ke semasa dan terdapat murid yang tidak hadir.
       Disediakan Oleh :

 (PN NORLIDA MAT ADAM)
       SETIAUSAHA PBS 2015


PELAJAR TING 1 DAN 2

TAKLIMAT OLEH PK1

TAKLIMAT OLEH PK PETANG

TAKLIMAT OLEH SU PBS

No comments:

Post a Comment