Sunday, 13 December 2015

PEMBUGARAN PBS - TAKLIMAT KEPADA IBU BAPA



FORMAT LAPORAN PROGRAM                                                            
1.          Nama Program  : Penyebaran maklumat PBS kepada ibu bapa semasa majlis
                                        kecemerlangan
2.          Tarikh                : 11 April 2015
3.          Hari / Masa        : Sabtu /  7.30am – 12.00pm
4.          Tempat               : Laluan informasi SMKTG
5.          Objektif              : Memberi dan menyebarkan maklumat berkaitan pelaksanaan
                                      PBS secara menyeluruh kepada ibu bapa yang hadir.
6.          Sasaran               : Semua ibu bapa yang hadir
7.          Butiran Aktiviti  :
a)      Mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke sudut informasi PBS selepas  ibu bapa selesai
 membuat pendaftaran majlis kecemerlangan.
b)      Pendedahan berkaitan komponen yang terdapat dalam modul perekodan iaitu borang
perekodan, borang prestasi, prestasi ujian penggal dan pelaporan murid.
c)       Menjelaskan kepada ibu bapa berkaitan kaedah pelaksanaan PBS di sekolah yang
 melibatkan 4 komponen.
d)      Ibu bapa menunjukkan minat dan mengajukan soalan berkaitan prestasi dan kemajuan
anak mereka.
e)      Pamplet berkaitan dengan pelaksanaan PBS diedarkan kepada ibu bapa sebagai rujukan.
f)       Ucapan terima kasih dan ibu bapa bergerak ke dewan untuk majlis kecemerlangan.

8.          Penilaian Program           :-
8.1 Kekuatan Program    : Ibu bapa yang hadir memberikan respon apabila penerangan
       berkaitan PBS diberikan. Komunikasi dua hala berlaku. Ibu bapa mendapat input
       berkaitan PBS melalui perkongsian tersebut.
8.2   Kelemahan Program : Hanya sebilangan ibu bapa di kalangan pelajar menengah rendah yang hadir untuk menerima anugerah di majlis kecemerlangan.
8.3 Cadangan Penambahbaikan : Penyebaran maklumat kepada ibu bapa akan diteruskan
                                                      semasa hari terbuka pada bulan julai kerana
                                                      majoriti ibu bapa akan datang pada hari tersebut.
                 Disediakan oleh  :                              
                 PN NORLIDA BINTI MAT ADAM                 
                  (SETIAUSAHA PBS) 


TAKLIMAT OLEH SU PBS KEPADA IBU BAPA

TAKLIMAT KEPADA IBU BAPA

TAKLIMAT KEPADA IBU BAPA

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

SUDUT INFORMASI PBS

No comments:

Post a Comment