KAJI LANGKAH KURANG BEBAN TUGAS GURU
Isu beban tugas guru yang semakin meruncing mendapat perhatian Kementerian Pendidikan. Langkah proaktif yang diambil diharap agar dapat membantu para pendidik lebih fokus kepada bidang utama dalam menyampaikan ilmu dan membentuk sahsiah pelajar. Dengan ini, setiap dasar baru yang diperkenalkan seperti pelaksanaan PBS dan Pembelajaran Abad ke-21 dapat difokuskan oleh para guru. Guru juga dapat membuat persediaan yang mencukupi bagi menyediakan PdP yang bermakna sekiranya guru diberi ruang dan masa yang mencukupi. langkah bijak Menteri Pendidikan yang melihat kerjaya guru secara menyeluruh diharap dapat meningatkan mutu pendidikan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment